Selasa, 23 Oktober 2012

KUIH JALA KARI DAGING......... nyumm....nyummm....

semangat betoi...al-maklum ler baru beli acuan, dh lama cari acuan mcm ni, tp br ini jumpa. acuan ni aku beli kat MR DIY yg baru buka kat IPOH PARADE + PARKSON tu...ala sebelah opis je, tu yang tp2 ari dok p situ jer....sampai segan kat jurujual ny....kikikiki....

sampai je umah apa lagi..berasap le my lovely kitchen.... mula2 masak kari daging, sambil sambil tunggu daging & kentang masak...buat le adunan untuk kuih jala... sangat mudah...& sedap...

KARI DAGING
sumber : rumah no.72...kikiki...

bahan2nya....

1/2 kati daging
1 biji kentang besar ( potong kuib)
1 peket serbuk kari  daging (aku guna brand baba's)
1 sudu kecil serbuk cili (aku guna brand baba's)
4 sekawan
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
100ml santan ( aku guna santan ayam brand)
air secukupnya
daun kari secukupnya

cara2nya...
  1. tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. letak sedikit minyak, tumis bahan tumbuk sampai naik bau, kemudian masukan 4 sekawan dan daun kari kacau sampai naik bau....
  3. masukkan serbuk kari yang di bancuh dengan sedikit air, tumis sampai pecah minyak...
  4. masukkan daging dan kentang serta sedikit air, biarkan sampai daging dan kentang tu hempuk....kalau kuah makin kering, tambah air lagi sampai betoi2 mengancam....dh tu last, baru masuk santan.. masak lagi sampai mendidih...
  5. kemudian leh le hidangkan...
mudah jer resepi ni, tp sedap tau...x caya cuba ler.... aku masak sikit je, yelah nak makin berdua2an jer.....romantik gitu....

 
 ROTI JALA
sumber : Azlita masam manis

 bahan2nya....

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning

 cara2nya...
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
  2. Perapkan selama 1/2 jam .( aku x perap...tp ok je, al maklum le x sabo nak try acuan baru...)
  3. Panaskan kuali dgn api sederhana.
  4. Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
  5. Tebar/kirai adunan atas kuali.
  6. Biarkan hingga roti jala tu masak.
  7. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

ari ni dah kira 4 hari turut2 gi MR DIY & PARKSON....sampai naik tebal muka ni...hahaha....mana xnya, dok mengulang beli kuali tefal limited edition tu semperna anniversary PARKSON yang 25tahun... harga pun murah dari biasa, tp 1 saiz jer 20cm....RM25..... murahkan, mana nak dapat selalu rege ni........n pegi MR DIY beli acuan kuih jala....ada je yang memesannya.....

Khamis, 18 Oktober 2012

BLACK BEAUTY CHOC CAKE



kata diet....sekali buat kek pulak....mana x ny...ni semua gara2 my friend masa kat poli dulu nak dtg umah... so fikir2 apa nak di jamu, ini jelah hasilny.... nak buat kuih fail sikit le....huhuhuhu....
sedap betoi, nak buat pun mudah jer......jom cuba, bila dh siap tu mula ler nafsu membuak2..... hahahaha... kata diet, tp x boleh tahan.....apa lg tanpa fikir panjang aku ngap juga....huhuhu...yummmy......

kek dh siap bakar...
BLACK BEAUTY CHOC CAKE
by: Maklang's Azie
sumber : Azlita masam manis

Bahan A
2 cwn tepung gandum/superfine
¾ cwn serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil b.powder

Bahan B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan (saya guna butter)
1 cwn air panas suam
1 sudu besar coklat emulco
3 biji telur

Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
Guna loyang 8x8

Topping mudah tapi sedap
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
1/2 cwn tpg jagung
2 sudu besar majerin/ butter

Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.


udah diterbalikkn...gini lh ye...gebu gabas....
 

Rabu, 17 Oktober 2012

jom diet

hari ni dah hari ke 4 aku diet.....semuany gara-gara berat badan makin bertambah2.....macam time mengandung 7 bulan lak.....adoi, sedih betoi.... so apa lg...faham-faham sendiri ler cmne nak kena buat....diet yg aku buat adalah diet Atkins Diet.... nak tau lebih lanjut, korang boleh baca kat bawah... sumber dari google yang aku dh terjah ari tu...kira ni dah kali yang ke-2 aku buat diet ni...memang le amat2 berhasil.... first time aku buat masa aku nak kawen ari tu....ye lah kalau x mana nak muat pakai baju pengantin kan....kikiki...alhamdulillah, aku berjaya turunkan berat badan aku 5kg.... 1 perkembangan yang amat baik.... hope diet aku kali ni, aku boleh turunkan berat badan aku 10kg.....arrghhh.... tingginy harapan...hahahaha.....ala bila lagi kan time tengah semangat ni ler nak diet, klu xde semangat jangan harap le....ada je idea nak membesarkn badan, mana x taknya asyik meng'googles resepi baru jer.....huhuhu...so time diet ni kena ler control sikit, ye lah kan benda yang boleh di makan pun terhad.....so apa lagi jom kita diet beramai2......
 

Atkins Nutritional Approach / Atkins Diet
*************************************
Peringatan: Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini...!

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea �karbohidrat rendah dalam pemakanan� semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti �low-fat diet� atau diet rendah lemak.
Melalui �low-fat� diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai �low carbohydrate diet� dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) � 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


Semasa 2 Minggu Induction:
  1. Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya. 
  2. Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya. 
  3. Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi. 
  4. Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada). 
  5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi! 
  6. Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis. 
  7. Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal... 
  8. Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong. 
  9. Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih. 

*********************************************************************************

Boleh Makan:
  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung. 
  2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis... 
  3.  Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal. 
  4. Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi. 
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun... 
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari. 
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit. 
  8. Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je... 
  9. Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet... 
  10. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan. 
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.

 Bagaimana nak lakukan Induction?
Pada peringkat Induction, anda dihadkan mengambil hanya 20 gram makanan berkarbohidrat SEHARI. Ini akan berlangsung selama 2 minggu di mana anda hanya boleh makan:

1. makanan berprotein tinggi seperti ayam, telur, daging (lembu, kambing, rusa), ikan dan makanan laut (udang, ketam) yang lain. Elak memakan tiram (oyster), kerang dan sotong kerana berkarbohidrat tinggi).

2. Sayuran hijau seperti sawi, kailan, timun, salad, asalkan berwarna hijau (terhad kepada 2 atau 3 cawan sehari).

3. Sayuran seperti tomato, labu, terung, kacang panjang, dihadkan kepada 1 cawan sehari kerana ia mengandungi banyak karbohidrat (melalui gula sayuran).

4. Mentega (butter bukan margerine sebab margerine ada trans-fat yang bahaya untuk kesihatan).

5. Keju (Cheddar, Mozzarella, Swiss, Gouda, Goat) tapi tak lebih dari 3 gram. Jenis lai tak boleh.

6. Salad dressing seperti Mayonnaise (yang biasa, bukan low-fat sebab selalu yang tulis low-fat bukan bererti low-carbohydrate).

7. Olive oil, canola oil, dan kebanyakkan minyak masak boleh dimakan. Tapi pastikan minyak tidak dihydrogenated atau semi-hydrogenated, sebab ia mengandungi trans-fat yang boleh menyebabkan sakit stroke dan sakit jantung.

8. Air  sebaiknya air biasa sahaja, sama ada air sejuk, suam, mineral. Jus buah-buahan tidak dibenarkan pada peringkat Induction kerana ia mengandungi tahap gula buah-buahan yang tinggi. Susu dan yoghurt juga tidak dibenarkan pada peringkat ini sebab kandungan karbohidratnya tinggi.

Lakukan Induction sekurang-kurangnya selama 2 minggu dan melalui puasa sekejap ni
, anda akan dapat melihat perubahan pada berat badan, bentuk badan dan kecergasan fizikal.

kejap je masa berlalu....


lamany x update blog ni....dh makin bersawang, huhuhu...cepat2 buang sawang tu... nanti tak nampak apa yg nak cte kat sini......kikikiki.... adoi kemalasan melanda lh...susah tul nak buang.... buang buang, jangan simpan lama2 nanti jadi habit lak....huhuhu....

 kejap je kan dah setahun rupany aku x menulis....baby pun dh kuar.... ala anak mama pun dh nak masuk umur setahun.....nama baby MUHAMMAD FIRAS IMAN BIN AMIROL, 22/11/2011 tarikh keramat dalm hidup aku n suami dengan kehadiran permata hati tersayang.......semoga firas jadi anak yang soleh serta cemerlang di dunia & akhirat.....amin.....
saat dilahirkan.....cerah betoi anak mama n ayah.... ikut sape lh tu yer....kikikiki......
masa 2 hari......macam chef le pulak....huhuhu....
masa sebelum kena cukur....panjang tul rambutny.....
udah botak.....
masa ambil pic ni bby umur 3 bulan...udah hansome anak mama ni yer......muahhhh....
firas 4 bulan......udah mula susut badanny coz dh mula x nak nenen mama.....huhuhu...


5 bulan...tenyum...tenyum.....


ni masa bby 6 bulan
7 bulan makin suka memanjat anak mama ni....

hari raya kat umah "tok & tok wan".... 9 bulan....

masa jalan2 g gunung lang.... bby 10 bulan time ni.......makin slim, coz sgat suka main....